Search
  • RunThink TV

Abam Peah kembali beri minyak secara percuma.


18 Jun 2022 - Kelantan,Kuala Krai : lebih ratusan penunggang motorsikal merasa gembira dan beratur panjang bagi mengisi minyak secara percuma.


Program minyak percuma ini telah dianjurkan oleh insan yang dikenali sebagai Abam Peah, merupakan seorang ahli perniagaan yang sememangnya aktif membuat sumbangan ikhlas bersama masyarakat.


Anjuran ini juga adalah dengan kerjasama bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.


Abam Peah turut membantu mengisi minyak secara percuma

Menurut Abam Peah tujuan program ini bukan untuk mengejar populariti, akan tetapi sedekah dan sumbangan kepada masyarakat melalui pengagihan kupon untuk mengisi minyak.


Hampir semua penunggang motorsikal menyatakan rasa terima kasih kepada Abam Peah, dan kembali pulang dengan berbekalkan minyak penuh pada kenderaan mereka


diikuti dengan wajah mesra dengan senyuman.


Program ini pernah dilakukan oleh Abam Peah sekitar tahun 2016 dan beliau melepaskan rasa bersyukur kerana dapat merealisasikan lagi program bermanfaat ini. Sekali


gus memberi manfaat kepada masyarakat.




123 views0 comments