RunThink TV
VIDEO MEMBANTU USAHAWAN-''Haimi"
Pengasas Ranting legacy yang kini giat menjalankan perkhidmatan membuat video-video berimpak. Kini beliau fokuskan kepada usahawan didalam strategi konten pemasaran menggunakan video.
Ranting legacy merupakan sebuah perniagaan yang dimulakan dengan nama S Ranting Pictures. Mereka bergerak secara international didalam menghasilkan video kreatif. Menurut beliau yang sudah berpengalaman didalam menghasilkan sebuah video yang berkesan harus ada elemen berdasarkan pemahaman dan kehendak klien itu sendiri.
Mereka juga pernah membuat penggambaran Nissa sabyan di K-Link International sebagai Duta dan selebriti lain seperti Afif Tirmizie, Fauziah gambus, Dona dan banyak lagi. Team Ranting Legacy pernah membuat penggambaran di Seluruh Malaysia, Indonesia, Dubai, Makkah dan medina.
Walaupun dengan team yang minima mereka bekerja dengan sangat effisyen. Tugasan mereka harus menyelesaikan puluhan video setiap bulan. Dan mereka mempunyai target tersendiri didalam membawa Ranting legacy ketahap yang lebih tinggi.
Kebanyakkan usahawan bersetuju membuat iklan dengan menggunakan video adalah diantara cara yang baik bagi menerangkan sesuatu produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan, memberi info-info graphic bagi ''educate'' pengguna disamping meningkatkan ''awareness'' untuk ''personal'' atau ''company branding.''
Akhir kata daripada Ceo Ranting Legacy, kita masih banyak kekurangan dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa, untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik, target kita pada masa akan datang melahirkan lebih banyak peluang pekerjaan di bidang kreatif ini dan membantu lebih banyak usahawan.
