Search
  • RunThink TV

Membawa pulang kenangan, mengeratkan silaturahim-Abam Peah


Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri semakin meriah tidak ketinggalan dengan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diraikan oleh Abam Peah Holdings Sdn Bhd.

Menurut Abam Peah, Majlis ini terbuka kepada semua dengan harapan dapat menjalinkan silaturahim sesama insan.


Majlis ini dibanjiri dengan tetamu-tetamu yang hadir.


Konsep dan tema yang dipersiapkan adalah bertemakan ala-ala perkahwinan yang eksklusif di mana susunan rekaan mempunyai banyak tempat untuk tetamu bergambar dan sudah pasti meninggalkan kenangan buat mereka yang hadir.


Bukan itu sahaja perasaan Hari Raya juga dapat dirasakan dengan masakan melayu, kambing golek, dan duit raya yang diberikan serta tetamu yang hadir berpakaian Melayu penuh kemeriahan dan bewarna-warni.


Pengasas Abam Peah Holdings Sdn Bhd iaitu Abam Peah juga mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pihak yang mengenali dan semoga lebih banyak menyokong usaha murni beliau sebagai usahawan yang terkenal dengan jiwa pemurahnya.

Majlis Rumah Terbuka Abam Peah Holdings Sdn Bhd dipenuhi oleh tetamu-tetamu yang hadir.

48 views0 comments